Monday, February 13, 2012

Melayu dan Islam Di P.Pinang Bangkitlah: The New Era Has Begun

MPMPP sebuah NGO yang bergerak di alam siber.Kata P.Ramlee di alam maya. Jangan kecewa dengan keterpinggiran kita. Masih ada peluang dan masa depan yang cerah selagi kita yakin kepada pertolongan Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang-orang yang beriman dan beri kemenangan kepada mereka di dunia dan akhirat.PASTI ! JANJI ALLAH BENAR !

Mengapa kita terpinggir. Jawapannya ialah kita terlalu percaya kepada PEMIMPIN tanpa menilai adakah mereka ikhlas dan beramanah atau curang dan khianat. Allah suruh kita bezakan antara benar dan salah, antara yang hak dan batil. Kita mesti kenal ciri pemimpin yang baik dan tolak para pemimpin yang jahat dan pentingkan diri.

Bagaimana pun kita ikut secara melulu dan beri kepercayaan penuh kepada para pemimpin atas nama parti yang kita senangi. Parti hanya platform saja untuk berkuasa.Ia tak sunyi daripada mereka yang berkepentingan. Sifat manusia biasa apabila berhadapan dengan kuasa pembuka peluang dan kekayaan ramai yang gelap mata.

Akhirnya kita merana. Kekayaan yang patut disebar secara meluas akhirnya dilinggok kepada segelintir korprat politik. Mereka menikmati kemewahan sedangkan rakyat terbanyak dihenyak dengan berbagai cukai,kenaikan harga barang, kenaikan kos hidup dan berbagai kenaikan lagi. Sedangkan gaji dan upah tidak meningkat. Haji Abdullah Fahim ulama UMNO pernah memberi suatu amanat kepada para pemimpin yang berkuasa :


BILA KITA DAH MERDEKA JANGAN ADA PEMIMPIN YANG AMBIL KESEMPATAN BUAT KEKAYAAN DI ATAS BELAKANG RAKYAT

Inilah yang sedang berlaku. Apa yang dinamakan kronisme dan dasar pengkorpratan.Nikmat dibolot oleh sebahagian kecil korprat yang berada dalam lengkaran kelas elit pemerintah, beban ditangung oleh rakyat terbanyak.

Datuk Onn pula telah berpesan di ambang MERDEKA tentang jangkaan beliau tentang masa depan orang Melayu dalam bentuk pantun yang mengandung kias ibarat yang pendek tetapi membawa mesej yang dalam dan tepat :

PERAHU LAYAR BELAYAR LAJU

LAJU MENUJU LAUTAN CHINA

MERDEKA PASTI KAN KITA TUJU

YANG LAIN KAYA MELAYU MERANA

Inilah yang berlaku. Soalnya sediakah kita berubah dengan membuat perubahan dari dalam diri kita kemudian membawa perubahan ke luar. Kita mesti jadikan AlQuran sebagai pedoman hidup dalam menyuluh kebenaran dan mempertahankannya dengan ilmu dan semanga kental.

Mahatma Ghandhi telah berkata:

Bahawa dunia ini diciptakan Yang Maha Kuasa cukup buat memenuhi keperluan setiap insan tetapi menjadi tidak cukup untuk memenuhi keperluan setiap manusia yang tamak lagi haloba

Soalnya siapakah kerajaan adakah kita semua. Kalau ikut prinsip demokrasi ia -

Kerajaan dari RAKYAT untuk RAKYAT dan oleh RAKYAT

Realitinya ini tidak berlaku. Kerajaan telah menjadi milik segelintir pihak yang berkuasa. Sama dengan pemerintahan corak komunis. Propagandanya ialah kerajaan dan harta adalah milik rakyat.Yang terjadi wujud kediktatoran kuasa di mana ia menjadi hak mutlak elit kecil yang menguasai parti. Dalam Islam kerajaan merupakan amanah yang dipertanggung jawabkan di hadapan Allah. Kita sebagai khalifahnya harus mengurus tadbir negara dengan penuh amanah.

Kita sebagai rakyat mesti celik dan tidak menyerahkan bulat-bulat kepada pihak berkuasa. Mereka adalah manusia biasa. Sama seperti kita. Tidak sunyi daripada kesilapan. Ada sifat rakus , ambil kesempatan,lemah dan lalai :

Firman Allah dalam Al Quran :

Jangan kamu ikut apa yang kamu tidak punya pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran , penglihatan dan hati-hati akan ditanyai tetang apa yang telah dilakukan

Saturday, June 20, 2009

Sunday, April 26, 2009

TAK LAMA LAGI

MAPAN akan bergerak cergas tak lama lagi. Nantikan penubuhannya.